Jumaat, 9 Mac 2012

Tak Tahu Apa Mau Ku Tulis!

Cerita apa agaknya mau aku garapkan? Tak tau apa..tiada mengapa kalau ada orang enggan membaca, atau tiada orang yang mau membacanya. Aku menulis tak mengharap siapa membaca. Ia tiada menarik pada sesiapapun.

Dalam kebosanan aku cuba tapi fikir tak berdaya mengeluarka idea bernas untuk dijadikan cerita. Cerita pasal politik? Dah ramai orang ambil bahagian. Mutakhir ini dalam mood pilihanraya, bukan main seronok masing-masing bermain kata. Yang pro sebelah itu menyerang sebelah sini. Pasal warnapun boleh dijadikan modal berpolitik. Si A pakai baju merah disindirnya mereka yang suka baju kuning. Begitu sebaliknya. Hai, memang mata mereka nampaknya nampak politik saja. Tak kurang jugak menunjukkan bakat berpolitik kepartian ini di tempat kerja. Kononnya dialah mewakili suatu pihak. Sebenarnya dia wakili diri sendiri. Bercakap menghentam yang lain, mengangkat pandangannya untuk dilihat betul dan konsisten. Baik belah boss atau belah bawahan. Begitulah sebaliknya dan seterusnya, sehinggalah kepala dan kakinya diikat.

Mau kuceritakan pasal kerja, takkan memalam buta nipun nak bercerita tentang opis. Tempat kita cari makan..di situ periuk nasi di situ jugak ke mau 'membuang'nya. Adalah tak patut dan tak wajar berbuat demikian. Memanglah bila bekerja dengan ramai orang ada yang setuju dengan kita maka cakap apa saja mereka sedia mengangguk. Tak lawak pun mereka gelak sakan..kerana apa? Mereka senang dengan kita. Tapi ada juga yang tak sebulu dengan kita. Cakap yang bernas-bernas pun hampa juga dipandang mereka. Jadi, tak perlu rasa kecewa atau berduka. Itu semua asam-garam kehidupan.

Nak cerita pasal makan, kata orang hidup ni sekadar makan je ke? Hahaha..Jadi akhirnya aku mengambil keputusan untuk menulis tentang 'aku tak tahu apa nak tulis' hehe..

Isnin, 3 Oktober 2011

Diam tak diam kita berada di bulan Oktober 2011. Kira-kira tiga bulan lagi kita akan sampai ke penghujung tahun. Bila diperiksa masih banyak perkara yang belum selesai. Azam baru pada awal tahun kemungkinan besar terbengkalai di pertengahan tahun.

Oleh kerana bilangan setahun 365 hari, kita melihatnya sebagai banyak. Kalau dihitung dengan 12 bulan lagi nampak singkat. Mungkin pada pandangan kita masa yang singkat itu kita masih ingat dan punya semangat untuk buat sesuatu dengan baik. Tapi kalau dah sampai 365 hari ini terlalu lama. Itulah alasannya boleh diguna-pakai untuk membenarkan kenapa azam kita tidak tercapai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...